Rabu, 25 Maret 2015

ISI KANDUNGAN QADA DAN QADAR

Diposting oleh Unknown di 20.22

Pandangan selain Ahli Sunnah Waljama'ah

Di atas Adalah Akidah Ahli Sunnah Waljma'ah berkenan Qada dan Qadar.
Manakalah golongan yang mengatakan Allah tidak tetapkan perbutan manusia adalah akidah Qadariyah(akidah ini ditentang oleh Imam Abu hanifah dan Imam syafie) dan Akidah Muktazillah(ditentang oleh Imam Hambali dan beliau di penjarakan oleh pengusa yang berakidah Muktazilah) dan pada akhir zaman ini muncul gerakan Hizbut Tahrir yang mana mereka juga mengatakan perbuatan manusia bukanlah sesuatu yang Allah tetapkan.
Imam Abu Ya'qub Yusuf B. Yahya al-Buwaithi (murid Imam asy-Syafi'i) pernah bertanya kepada Imam asy-Syafi'i:
"Bolehkah aku bersolat di belakang orang Syiah Rafidhah (sebagai makmum)?"
Imam asy-Syafi'i berkata, "Jangan bersolat di belakang orang Syi'ah, orang Qadariyyah, dan orang-orang Murji'ah."
Aku bertanya lagi, sebutkan ciri-ciri mereka kepadaku?
Jawab imam asy-Syafi'i, "Sesiapa yang mengatakan Iman cukup dengan perkataan maka dia adalah pengikut murji'ah. Sesiapa yang mengatakan Abu Bakr dan 'Umar bukan imam (khalifah), maka dia Syi'ah Rafidhah. Dan sesiapa yang mengatakan perbuatan hamba bergantung kepada kehendaknya semata-mata maka dia adalah pengikut qadariyah."
Manakala golongan yg serahkan semua pada Allah tampa ada sebarang usaha itu adalah Jabriyah (Akidah yang salah menurut ulamak-ulamak muktabar) mereka juga mengatakan manusia jadi jahat atau baik kerna paksaan.
Akidah-Akidah yang menyimpang ini adalah kerana menyalahfahami maksud Qada dan Qadar.

0 komentar:

Posting Komentar

 

Fun Info Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea